my family live

Daisypath Anniversary tickers

konco-konco saya

Monday, January 10, 2011

Contoh Soalan Dan Jawapan

Mulai tahun ini cikgu akan cuba membantu para pelajar untuk menjawab soalan-soalan yang sering menjadi masalah pada pelajar.dengan ini cikgu sertakan soalan yang sering dipersoalkan dalam ujian SPM..Semua jawapan ini dipetik dari buku teks sejarah tingkatan 5.pelajar diingatkan supaya buku rujukan terbaik adalah buku teks kerana banyak fakta yang terselit didalam nya seperti ruangan 'Tahukah anda' dan 'Info'

BAB 1:KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

         PERUBAHAN SISTEM POLITIK
Pengenalan Sistem Birokrasi Barat:

1. Nyatakan ciri-ciri umum barat sistem birokrasi barat yang diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara?
   (M/S 8 buku teks)
                                  
       - Penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah.
       - Pelantikan Gabenor Jenerall sebagai ketua pentadbir.
       - Pelaksanaan pentadbiran melalui biro.
       - Pegawai barat menjadi ketua biro.
       - Pemerintah tempatan dipaksa menerima penasihat dari barat
       - Pengenalan undang-undang barat
       - Penubuhan jabatan kerajaan contohnya jabatan pelajaran

2. Nyatakan ciri-ciri sistem pemerintahan di Filipina sebelum dikuasai oleh Spanyol(M/S 8 buku teks)            

         - Terdiri dari daerah-daerah kecil dikeneli sebagai barangay
         - Diperintah oleh datu  
         - Diselatan Filipina wujud kerajaan islam


3. Sebutkan ciri sistem pemerintahan di Filipina semasa dikuasai oleh Spanyol(M/S 9)

  - Memperkenalkan sistem pemerintahan berpusat
  - Gabenor jeneral pemerintah tertinggi
  - Ketua Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah
  - Peringkat tempatan dilaksanakan di bawah sistem encomienda
  - Sistem encomedia diketuai oleh encomiendaro


4. Nyatakan tentang sistem Encomienda yang diperkenalkan oleh Spanyol di Filipina?

    - Pemerintah dikenali sebagai encomiendero
    - Berperanan menjaga keamanan
    - Mengutip cukai yang tinggi
    - Mengkristiankan penduduk
    - Mengenakan kerahan tenaga kepada penduduk
    - Dibenci penduduk Filipina kerana  mengenakan cukai yang tinggi


5. Jelaskan ciri-ciri sistem pentadbiran di Indonesia sebelum dikuasai oleh Belanda(M/S 10)

  - Terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan
  - Kerajaan tersebut dikuasai oleh raja
  - Raja dibantu oleh pembesar
  - Pentadbiran peringkat tempatan diketuai olehh pembesar daerah


6. Nyatakan perubahan politik yang diperkenalkan oleh belanda dalam sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia?(M/S 9)

      - Pentadbiran terbahagi kepada 2
      - Pentadbiran pusat
      - Pentadbiran tempatan
      - Pentadbiran pusat diketuai gabenor jeneral
      - Pentadbiran tempatan dikendalikan pembesar tempatan
      - Penubuhan jabatan kerajaan seperti Pelajaran dan Pertanian
      - Penubuhan dewan tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda
      - Penubuhan volksraad sebagai langkah ke arah kemerdekaan
      - Dianggap sebagai langkah ke arah kemerdekaan
      - Penubuhan hasil desakan Sarekat Islam

7. Nyatakan sistem pemerintahan di Burma sebelum penjajahan British.(M/S 10)

        - Sistem pemerintahan beraja dibawah Dinasti Konbaung
        - Raja sebagai ketua pemerintah
        - Terdapat Hlutaw atau majlis diraja
        - Di pusat terdapat Wun (Pegawai Tinggi Kerajaan)
        - Di peringkat bandar terdapat Myothugy(Ketua Bandar)
        - Terdapat Ahmudan iaitu pegawai diraja
        - Pembesar tradisional dikenali sebagai Athi
        - Raja menjadi penaung kepada sami Buddha


8. Apakah kesan daripada penguasaan British di Burma selepas Perang Inggeris-Burma III.(M/S 10-11)

    - Dinasti Konbaung berakhir
    - Institusi raja tersingkir
    - Jawatan pembesar tradisional peringkat pusat terhapus..
    - Pesuruhjaya tinggi British menjadi pemerintah tertinggi
    - Pengenalan Akta kampung Ulu Burma 1887
    - Akta Perkampungan Burma 1889
    - Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok(Pegawai Bandaran)
    - Sistem undang-undang Barat diperkenalkan
    - Pengaruh golongan agama merosot
    - Fungsi raja  sebagai penaung agama Buddha diambil alih oleh undanng-undang Barat
    - Majlis Perundangan diperkenalkan
    - Beberapa jabatan ditubuhkan
    - Jabatan Pelajaran,Perhutanan,dan Kesihatan

9. Sebutkan ciri-ciri sistem pemerintahan da Indichina sebelum dikuasai oleh Perancis.(M/S 11)

      - Ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak
      - Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin
      - Golongn Mandarin dipengaruhi oleh sistem pentadbiran negara China
      - Golongan ini dipilih melalui peperiksaan bidang bahasa dan kesusasteraan China

10. Sebutka ciri-ciri sistem pemerintahan di Indochina semasa dikuasai oleh Perancis?(M/S 11)

      - Diketuai oleh Gabenor Jeneral
      - Leftenan Gabenor bertanggunjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris
      - Terdapat jawatan Residen Jeneral dan Residen Wilayah
      - Perancis membentuk sebuah kerajaan pusat
      - Dengan menubuhkan Union Indochinoise
      - Semua rang undang-undang diluluskan oleh parlimen Perancis
      - Pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri  oleh kerajaan pusat
      - mereka perlu membayar cukai/menyediakan kerahan tenaga

11. Nyatakan perubahan pentadbiran yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu(M/S 12)

      - Melaka,Singapura,Pulau Pinang digabung menjadi Negeri-Negeri Selat(NNS)
      - Gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS
      - Residen Kaunselor membantu Gabenor
      - Sistem Residen diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu  Bersekutu(NNMB) iaitu    
        Perak,Selangor,Pahang dan Negeri Sembilan
      - Sistem penasihat diperkenalkan di Negeri Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNTMB)
         iaitu Kedah,Kelantan,Terengganu,Perlis dan Johor
      - Residen/Penasihat British diletakkan di bawah Gabenor NNS
      - Tugas Residen/Penasihat British ialah menasihati sultan dalam semua perkara kecuali
         hal Ehwal Agama Islam dan adat istiadat Melayu
      - Memperkenalkan  sistem kehakiman Barat
      - Perlaksanaan sistem pengutipan cukai
      - Pembahagian negeri kepada beberapa buah daerah
      - Penubuhan balai polis


12. Bagaimanakah Thailand dapat mengekalkan kemerdekaan? (M/S 12-13)

      *Pembaharuan oleh Raja Mongkut
         - Baginda melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan
         - Melatih pegawai-pegawai tempatan
         - Penasihat Kewangan /pelabuhan/polis dibawa dari Britain
         - Penasihat Kastam dan ketenteraan dari AS dan Perancis
      *Pembaharuan oleh Raja Chulalongkorn
         -  Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah
         - Memperkenalkan Majlis Mesyuarat Tertinggi
         - Memperkenalkan Kabinet Menteri
         - Juruaudit dari Britain dilantik berkhidmat dalam perbendaharaan negara
      *Kesan Pembaharuan yang dilaksanakan
         - Muncul golongan pentadbir dalam birokrasi moden berdasarkan tahap pendidikan
         - Sistem raja berpelembagaan diperkenalkan
         - Mengurangakan pengaruh institusi raja/pembesar tradisional