my family live

Daisypath Anniversary tickers

konco-konco saya

Monday, January 10, 2011

Selamat Tahun Baru..

Salam 1 Malaysia kepada semua.Selamat tahun baru buat semua.Belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada pelajar ku yang telah berjaya mengharungi SPM 2010 dengan tabah.Semoga keputusan cemerlang dapat digapai akhirnya nanti.
Selamat datang kepada pelajar tingkatan 5 sains 11 & 2 dan 5 PD 2 (2011) SMKSJ dengan bersama-sama saya menghargai tahun yang  panjang ini untuk melakar kejayaan bersama-sama.Tanpa usaha yang gigih tidak mungkin kejayaan dapat digapai.
Belajar sejarah tidaklah sukar,kepercayaan yang tinggi kepada cikgu yang mengajaradalah aspek penting untuk mencapai kejeyaan.Terbukti sebelum ini iaitu pelajar yang terdidik dan selanjutnya menghormati kepercayaan guru akhirnya membuahkan hasil yang memberansangkan.
Saya masih ingat guru sejarah SPM saya pada tahun tahun 1984  iaitu Cikgu Aslan di SMK Batu Laut telah membuka dimensi belajar sejarah yang baru.Cara pengajaran yang tidak lagi berpusat kepada buku teks semata-mata telah membantu saya dan rakan-rakan mencatat keputusan yang cemerlang.
Semoga pengajaran dan pembelajaran sejarah pada tahun ini dapat dijalankan dengan sempurna.Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua pelajar yang akan meredah ujian SPM 2011.Tidak lupa kepada bekas pelajar SMKSJ 2010 yang telah memahat kenangan lalu.Semoga kalian dapat mencapai cita-cita yang diimpikan.

No comments:

Post a Comment